Si penongkah arus
Jiwanya kuat
Walau disebat
Tetap gagah bangun terus lari kuat.
Si penongkah arus
Tebas lalang tinggi yang memusnahkan
Walau yang lain ketawa jadikan bahan
Tetap kau mara tanpa perlu melawan.
Si penongkah arus
Tak gentar pikul tanggungjawab
Berdiri di depan
Tegakkan kebenaran
Walau yang lain menyorok senyap
Kau tetapkan hati
Yakin Tuhan dan Malaikat setia mengiringi.
Si penongkah arus
Kau kini di hadapan
Tinggalkan mereka dengan angan-angan
Teruskan lari laju
Kerana bintang itu akan tetap setia di situ.
Namun harus ingat
Jangan sesekali hidungmu tinggi
Kerana semua hanya pinjaman si Dia yang Maha Memberi. –nho
I am so proud of you, my man.
No comments:
Post a Comment