Sunday, 29 January 2012

Aku..Nuisance?

Wah! bukan main lagi
Muka kelat bak cekodok basi
Buat muka tak tau macam aku takde kt sini
Bila nak update dipalingnya muka tanda “I am not interested, sila keluar sila pergi’

Jangan kacau okey!
Itu bila harinya serba tak jadi.

Aku lenguh bukan main lagi
Disuruh naik lif pergi sana sini
Bila aku tarik muka habis diperli
Sambil sengih manis ala-ala kuih koci.

Itu pula masa kerja banyak ‘urgent’ nak kena siap semua sekali.

Hari ni aku pening
Bila muka terus ditarik panjang
Mungkin ‘to-do-list’ buatmu tak tenang
Tapi biarlah, aku pun banyak kerja
So jangan anggap aku nuisance, aku pun nak buat kerja dengan hati lapang!

Hahahaha! Aku bukan nuisance lagi. - nho

No comments:

Post a Comment