I bet most of us (especially one who shares the
same age range with me) are not aware of this massacre which happens 20 years ago
during Ramadhan. Al Fatihah to those who Syahid at Masjid Al- Ibrahimi on this
well planned killing created by Israel thru their extremist named Baruch Kopel
Goldstein. I was made to realize about this as I tuned in into Al-Hijrah
channel while doing some reading on my research. Upon baffling on this, I went to
do some finding about the relevant article
which could provide me with some useful information on what actually happen on
Fajr at 15 Ramadhan 1414 or 25 February 1994 (I was 11). I found this article written by Dr. Zainur Rashid
Zainuddin in his wordpress pages which available at http://zainurrashid.com/tragedi-hitam-15-ramadhan/
So to those who are very much awake at this hour,
thank you and feel free to drop by and share this reading for our useful
information, as a reminder of what Zionist are capable of in shedding more
Muslims blood in Palestin.
I would like to share my findings on the verse which was
stated by The Mighty Creator in the Holy Koran on the destruction made by the Jewish.
We have been warned since 1400 years ago when The Holy Koran was first send to our Prophet.
As stated by Allah SWT in Al-Imran ayat 112:
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali
dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah
sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah ,dan mereka ditimpakan
kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa
kufur dan ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka
membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan
mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)" (Ali-imran; 112)
Below entry is taken from Dr. Zainur Rashid Zainuddin which available at
http://zainurrashid.com/tragedi-hitam-15-ramadhan/
“Hari ini adalah 15 Ramadan 1434. Mari bersama kita
mengambil kesempatan untuk memperingati peristiwa Tragedi Hitam 15
Ramadan yang berlaku 20 tahun (hijri) yang lalu di Masjid Ibrahimi, Khalil
(Hebron), Palestin.
Penjenayah terkutuk yang bertanggung-jawab terhadap
tragedi ini adalah seorang doktor Yahudi bernama Baruch Kopel Goldstein yang
telah mendapat sokongan padu daripada pihak tentera Zionis Israel.
Penjenayah Tragedi Hitam Masjid Ibrahimi (Hebron
Massacre)Goldstein telah dilahirkan oleh sebuah
keluarga Yahudi Ortodox di Brooklyn, New York pada 9 Disember 1956. Beliau
telah dibesarkan oleh ibu-bapanya dengan pendidikan agama Yahudi dengan
memulakan pengajian sekolahnya di Sekolah Agama Yeshiva of Flatbush dan
kemudiannya di Yeshiva University.
Beliau menyambung pengajian di bidang perubatan di
Albert Einstein College of Medicine, New York City. Dia kemudiannya berkhidmat
bersama Jewish Defence League (JDL), sebuah pertubuhan militan Yahudi yang
diasaskan oleh kenalannya di zaman kanak-kanak iaitu Rabbi Meir Kahane.
Setelah itu Goldstein berhijrah ke Palestin yang dijajah (yang
dipanggil sebagai Israel) pada tahun 1983. Beliau berkhidmat sebagai seorang
doktor dalam pasukan penjajah Israel Defence Force (IDF) sebagai anggota
simpanan sebelum dinaikkan pangkat sebagai anggota tetap IDF.
Goldstein bekerja sebagai doktor di unit kecemasan
begitu komited dengan agamanya dan tinggal di penempatan Israel yang
bernama Kiryat Arba berhampiran dengan bandar al-Khalil (kini dipanggil
Hebron). Beliau sangat bersungguh-sungguh ketika merawat mangsa keganasan
pertembungan antara Arab-Israel tetapi beliau menolak sebarang tugasan untuk
merawat rakyat bangsa Arab Palestin.
Tragedi Hitam 15 Ramadan 1414 H
Masjid Ibrahimi dan Maqam Ibrahim. Lokasi istimewa
untuk umat Islam, Yahudi dan Kristian.
Pada awal pagi Februari 25, 1994 (15 Ramadan 1414)
bersempena dengan hari Purim (menurut agama Yahudi), Goldstein telah memasuki
Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil (Hebron) dengan memakai pakaian seragam
tentera berserta pangkatnya. Beliau masuk ke dalam masjid Ibrahimi pada waktu
subuh dengan gaya sebagai pegawai tentera yang sedang bertugas. Seramai
kira-kira 500 orang jemaah sedang membuat persiapan subuh pada ketika itu.
|
Darah yang bertompokan membasahi Masjid Ibrahimi. |
Bagai lakonan yang dirancang licik, beberapa orang tentera Israel yang
tidak berpakaian seragam juga telah bersama beliau di dalam operasi ini dengan
mengunci semua pintu-pintu masjid. Sepantas kilat, Goldstein kemudiannya
melepaskan tembakan dengan membunuh seramai 29 orang jamaah yang sedang
bersolat subuh dan telah mencederakan seramai 125 orang jamaah yang lain.
Menurut pengawal masjid yang bernama Mohammad
Suleiman Abu Saleh, dia bersama beberapa jamaah yang lain telah menangkap
Goldstein yang kemudian bergelut untuk melepaskan diri tetapi telah dipukul
sehingga mati oleh jamaah yang terselamat daripada tembakan awalnya.
Tragedi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa
rusuhan di beberapa tempat dan seramai 25 orang rakyat Palestin yang lain telah
dibunuh oleh IDF pada minggu yang berikutnya dengan alasan untuk mengekalkan
keamanan. Manakala seramai 5 orang Israel telah dibunuh oleh rakyat Palestin
yang bangkit menentang kezaliman ini.
Kerajaan Israel kemudiannya telah mengenakan
perintah berkurung selama dua minggu kepada 120,000 penduduk Palestin di Khalil
(Hebron). Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin telah menelefon pemimpin PLO,
Yasser Arafat dan menyifatkan serangan itu sebagai jenayah dan perbuatan yang
menjijikkan oleh seorang yang tidak siuman.
|
Penghormatan terakhir kepada 'hero' pembunuhan |
Namun tindakan tersebut hanyalah sebahagian
daripada ribuan siri tipu muslihat mereka banyak. Malahan ramai di
kalangan Yahudi Zionis yang beranggapan bahawa Goldstein adalah seorang wira
mahu pun seorang ‘wali’ boleh kebanyakan mereka.
|
Tugu Peringatan |
Di perkuburannya juga telah didirikan tanda
peringatan yang menjadi tumpuan pelawat dari masa ke semasa sehingga ke hari
ini.
Sejarah jenayah Zionis kepada umat islam terus
berulang dari masa ke semasa. Adakah kita sekadar mahu menjadi pemerhati
terhadap rentetan sejarah yang berliku ini?
Ya, Ramadan adalah bulan perjuangan.
Mari bersama kita berjuang bagi mengembalikan
kembali kedaulatan Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan di dunia
antarabangsa….”