Friday 14 October 2016

Penat

Penat
Atau mungkin aku tenat
Membelah impian tinggi lanjut ke langit
Atau mungkin itu tinggal jelaga jauh terhimpit

Aku rindu hidup dulu
Rindu waktu lihat si muda Rangga dan Cinta berkecamuk di SMA
Rindu aku waktu itu
Hidup dengan masa sendiri
Tawa dan angan sendiri lihat mereka kejar cinta dan impi

Aku masih rindu
Waktu riang masa lapang
Waktu umur baru menginjak dewasa
Sebelum resah dan impian dunia menjengah
Waktu peluk emak masih sempat singgah

Dunia dewasa aku gila
Kenal manusia pelbagai rupa
Emosi dan personaliti mereka berbeza
Itelek tinggi buat mereka jelek
'Doktor' hadapan itu buat mereka itu angkuh
Konon pintar
Tapi di mata aku..mereka itu tetapnya bodoh

Aku penat
Hidup dewasa
Kenal manusia
Rupanya mereka pelbagai rupa
Ego, bongkak, angkuh
Apakan daya ini yang Tuhan rencana
Mungkin persiap aku untuk teguh
Teguh di saat pelangi itu kembali menjengah.

Buat sementara itu
Aku berserah dan masih sangat lelah-nho


No comments:

Post a Comment